Tuesday, 20 March 2018

SEDIKIT CERITA TENTANG KAMPUNG BUNGIN

SEJARAH KAMPUNG AKU MEMBUKTIKAN KAMPUNG BUNGIN DIASASKAN OLEH 7 ADIK BERADIK YANG MERANTAU ENTAH DARI MANA DATANGNYA MASIH DALAM PENCARIAN.  CERITA DARI ORANG TUA-TUA, 7 BERADIK TERSEBUT BERKETURUNAN DARI DATUK PATINGGI KEDIT, TAPI BELUM DAPAT DI PASTIKAN LAGI. ADA JUGA YANG MENGATAKAN DARI KOTA KALAKA YANG TELAH RUNTUH PERADABAN WAKTU ITU DAN BERPINDAH MEMBAWA HALUAN SENDIRI. 

SEBELUM MEMBUAT PERKAMPUNGAN DI KAMPUNG BUNGIN, PENDUDUKNYA MENETAP SEMENTARA DI TANJUNG MATU, BERDEKATAN DENGAN MANGUT SEKARANG. PADA MASA ITU BILA MUSIM MENANAM PADI 7 BERADIK DAN KELUARGANYA AKAN KE HILIR SUNGAI UNTUK BERCUCUK TANAM DAN KEHULU SUNGAI UNTUK MENANGKAP IKAN. 

OLEH KERANA KELETIHAN MUDIK KEHULU DAN KE HILIR AKIBAT KEPERLUAN HIDUP SEHARIAN, 7 BERADIK TADI BERSEPAKAT SUPAYA MEMBUAT PERKAMPUNGAN DI TENGAH TENGAH JALAN KEHULU DAN KE HILIR SUNGAI. 

7 ORANG BERADIK TERSEBUT MENEMUKAN DIMANA AIR SUNGAI HULU DAN SUNGAI HILIR BERTEMU, DAN MEREKA SEGERA MEMBUAT PERKAMPUNGAN DISITU IAITU KAMPUNG BUNGIN SEKARANG. FENOMENA AIR BERTEMBUNG INI MASIH LAGI BERLAKU BILA AIR PASANG. BOLEH MELIHAT SENDIRI KETIKA AIR PASANG. 

SEHARI SEBELUM HENDAK MENAMAKAN KAMPUNG TERSEBUT SESUATU PERKARA ANEH TELAH BERLAKU IAITU PADA MALAMNYA KAMPUNG ITU DISERANG OLEH SEKUMPULAN BINATANG YANG DIPANGGIL BERENGIN (RIANG RIANG) ADA JUGA VERSI LAIN SELAIN BERENGIN IAITU BUNIAN DAN BUNGANI (BUNGA INI). KEDATANGAN SERANGGA ITU CUKUP BANYAK DAN SUNGGUH BISING. 

KESEMUA PENDUDUK KAMPUNG BUNGIN PADA MASA ITU DIANGGARKAN 32 ORANG IAITU DARI KETURUNAN 7 BERADIK TERSEBUT. SETELAH MENETAP DISITU SEDIKIT DEMI SEDIKIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT DIJALANKAN TIDAK LUPA JUGA ILMU AGAMA, ILMU PERSILATAN DAN ILMU BATIN. 

SEDIKIT CERITA TENTANG.
1. PEHIN SRI DATUK PATINGGI TAIB BIN MAHMOD PERNAH BERGURU DISINI.
2. BETING MARO DAN HAJI NASIR.
3. BILA SEREMBANG DISERANG TIADA SATU PUN YANG TINGGAL UNTUK MUSUH. 
 
Gambar penghulu Haji Bujang bin Mansur

SETELAH BERBULAN BULAN TINGGAL DISITU ADA SATU CERITA DARI ORANG ORANG TUA, CERITA TENTANG KEJADIAN DIATAS KELONG SEMASA MASA MAKAN TENGAH HARI. SEBELUM KEJADIAN TERSEBUT SALAH SEORANG DARI MEREKA KETIKA DIDALAM PERAHU TELAH MENCABAR HANTU LAUT UNTUK BERADU KEKUATAN DENGANNYA TETAPI HANTU LAUT ITU TIDAK JUGA MUNCUL. SEMASA MEMBASUH TANGAN KEDALAM SUNGAI TANGAN NYA TELAH DITARIK OLEH HANTU LAUT DAN MASUK KEDALAM SUNGAI DENGAN PANTAS. TANPA MENUNGGU MASA YANG LAMA SALAH SEORANG DARI MEREKA MEMBACA SATU MENTERA DAN TERUS MENYELAM KE DALAM SUNGAI TERSEBUT DAN MENARIK KELUAR PEMUDA TADI. SEMENJAK ITU HANTU AIR TERSEBUT TIDAK BERANI LAGI MENGHADIRKAN DIRI DIDEPAN ORANG TADI. 

NOTA KAKI
1. ABANG HAJI BAKAR 
- Ketua kampung pertama.
- Generasi pertama.

2. ABANG HAJI DRAIE 
- Ketua kampung kedua.
- Generasi kedua.
- Susur Galur Abang Alek. 

3. HAJI BUJANG BIN MANSUR 
- Penghulu pertama.
- Generasi kedua.  
- Melanau Muslim (Menantu Abg Haji Bakar).
 
4. HAJI SELIMAN BIN HAJI BUJANG 
- Penghulu kedua.
- Generasi ketiga. 
- Susur Galur Abang Haji Bakar. 
 
5. HAJI SYAFIE BIN HAJI JUNAIDI
- penghulu ketiga. (Terkini)
- Generasi keempat.  
- Susur Galur Abang Haji Ladi.  

7 Beradik (pahlawan 7)
1. Abang Alek
2. Abang Haji Ladi
3. Abang Haji Bakar
4. Abang Haji Amin
5. Abang Haji Gapar
6. Abang Haji Hatta @Pata/pato
7. Abang Hasyim


Friday, 16 March 2018

MBILEY / NYAYAT KAYU (RAMOK)


ITULAH GELARAN ATAU PANGGILAN UNTUK ORANG ORANG KAMPUNG DI DAERAH SARIBAS BILA MEMOTONG BATANG KAYU MENJADI BAHAGIAN KECIL DAN KEPINGAN PAPAN.


SEKARANG KITA DAPATI KERJA SEBEGINI JARANG JARANG DIBUAT KERANA KEBANYAKAN MEREKA YG BERASAL DARI KAMPUNG MEMPUNYAI KERJAYA LAIN YANG LEBIH BAGUS DAN PENDAPATAN LEBIH TINGGI. HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG MASIH MELAKUKAN PERKEJAAN INI.


GAMBAR INI DIAMBIL UNTUK MENGIMBAU KENANGAN MASA LALU. INI ADALAH KAYU LUTONG YANG DIBIARKAN MEMBESAR DI DALAM KEBUN TUAN PUNYA TANAH DAN AKAN  DI TEBANG BILA IA DIPERLUKAN UNTUK TUJUAN MEMBUAT RUMAH DAN SEBAGAINYA.
#17032018

Monday, 8 October 2012

NERAKA DAN AHLINYA - TANBIHUL GHAFILIN


Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." Fatimah bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai." Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?"
Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setalh melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummat Nabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksit dari ummat Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah s.w.t. bertanya lagi: "Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t. berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."
Allah s.w.t. berfirman: "Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."

Monday, 17 September 2012

CHRONOLOGI KAMPUNG BUNGIN (1843 – 2008)


1843
KAMPUNG BUNGIN TELAH DIBUKA OLEH 7 ORANG BERSAUDARA ANAK KEPADA ABDUL LATIP BIN UNUS.
1940
BANGUNAN KEDAI PERTAMA DIBINA (BUNGIN BAZAAR) DIDIRIKAN SEBANYAK 3 BUAH KEDAI.
1941
LAWATAN MR GRIFFIN A.F.R (RESIDEN BAHAGIAN SIMANGGANG).
1944
LAWATAN TENTERA JEPUN MR GADA SACI KE KAMPUNG BUNGIN. 
1947
LAWATAN MDM RANEE MARGARET CHARLES BROOKE DAN BERMALAM DI RUMAH T.K ABANG HAJI BUJANG.
1948
SEKOLAH MELAYU DI TUBUHKAN DENGAN MENGGUNAKAN RUMAH T.K ABANG HAJI BUJANG BIN MANSOR.
1949
MEMBUKA SUNGAI PALAH UNTUK PERTANIAN.
1950
BANGUNAN SEKOLAH PERTAMA KERAJAAN DIDIRIKAN (D.C PRIMARY SCHOOL).

07.02.1950 PENUBUHAN SYARIKAT KERJASAMA BERHAD BRITISH DIRASMIKAN OLEH MR BROOKE.  
LAWATAN ABANG HAJI ADENAN (NATIVE OFFICIAL).
1952
MEMBUAT PERAHU LUMBA TERPANJANG 12 DEPA X 2 KAKI.
1953
04.07.1953 MASJID KE 2 KAMPUNG BUNGIN DIDIRIKAN.
1954
03.02.1954 LAWATAN D.O E.G WHITE KE KAMPUNG BUNGIN.
1955
07.02.1955 LAWATAN MUFTI PERTAMA SARAWAK DAN TUAN HAJI YUSOF BIN HAJI SHIBLI (PRESIDEN BADAN LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID BESAR KUCHING).
1957
PERLANTIKAN HAJI DERIS BIN HAJI SALLEH SEBAGAI IMAM MASJID KAMPUNG BUNGIN.
1956
10.07.1956 PERLANTIKAN T.K ABANG HJ BUJANG BIN ABANG HAJI MANSOR SEBAGAI PENDAFTARAN NIKAH/CERAI DAN PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN.
25.10.1956 PARTI NEGARA SARAWAK (PANAS) CAWANGAN KAMPUNG BUNGIN DIRASMIKAN OLEH DATU BANDAR ABANG HAJI MUSTAPHA BIN ABANG HAJI MOSAILI.

1960
MEMBUKA PARIT SUNGAI PONDOK. PANJANG 1200 DEPA X 7 KAKI LEBAR SERAMAI 33 ORANG.
PENDAFTARAN PERTUBUHAN SENI DRAMA MERPATI ORKES.
1961
MEMBUKA PARIT SUNGAI BELANGA. PANJANG 1330 DEPA X 7.2 KAKI LEBAR SERAMAI 120 ORANG.
1965
PERLANTIKAN ABANG HAJI AHMAD BIN ABANG HAJI JALIL SEBAGAI IMAM MASJID KAMPUNG BUNGIN.
1967
03.04.1967 LAWATAN YB ABDUL TAIB BIN MAHMUD (MENTERI PERHUTANAN SARAWAK).
1970
04.07.1970 PERLANTIKAN ABANG HAJI BUJANG BIN MANSOR SEBAGAI PENGHULU KAMPUNG BUNGIN.
1971
03.09.1971 LAWATAN YB KIHOK BIN AMAT (ADUN S-19 SARIBAS).
1972
03.08.1972 PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN OLEH PENGHULU ABANG HAJI BUJANG BIN MANSOR.
1973
18.07.1973 PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SPAOH OLEH PENGHULU ABANG HAJI BUJANG BIN MANSOR.
01.09.1973 LAWATAN YB ANDREW MARA ANAK UJAH (ADR P-163 BETONG).
1974
18.03.1974 LAWATAN YB DATUK ALFRED JABU ANAK NUMPANG (MENTERI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN SARAWAK).
14.06.1974 PENUBUHAN PERKUMPULAN WANITA (W.I) KAMPUNG BUNGIN.
24.06.1974 LAWATAN TUAN HAJI MOHD FAUZI BIN HAJI ABDUL HAMID (RESIDEN BAHAGIAN SRI AMAN).
08.07.1974 LAWATAN YB DATUK AMAR HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD (MENTERI PERUSAHAAN UTAMA MALAYSIA).
16.11.1974 PENGHULU ABANG HAJI BUJANG BIN MANSOR MENINGGAL DUNIA.
17.12.1974 LAWATAN YB ABANG HAJI AHMAD URAI BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN (ADUN S-19 SARIBAS).
1975
01.06.1975 LAWATAN YB DATUK AMAR HAJI TAIB BIN MAHMUD (MENTERI PERANCANG AM DAN MENTERI PENYELIDIKAN SOSIAL EKONOMI MALAYSIA).
17.12.1975 LAWATAN YB ABANG HAJI AHMAD URAI BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN (ADUN S-19 SARIBAS).
1976
21.05.1976 LAWATAN YB AHMAD ZAIDI ADRUCE MUHAMED NOOR (MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SARAWAK).
03.11.1976 LAWATAN YB TUAN HAJI ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH ADUN SEBANDI (MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK MENTERI PERANCANGAN AM DAN MENTERI PENYELIDIKAN SOSIAL EKONOMI MALAYSIA).
1977
07.01.1977 LAWATAN YB TUAN HAJI AHMAD URAI BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN (MENTERI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN SARAWAK) BERSAMA ROMBONGAN PENARI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN.
18.02.1977 ABANG HAJI SELIMAN BIN HAJI BUJANG DILANTIK SEBAGAI PENGHULU.
03.08.1977 LAWATAN YB WAIRY LIBEN ANAK KATO (AHLI PARLIMEN P-163 BETONG).
1978
03.06.1978 PERLUMBAAN PERAHU BALOK 3, 5 DAN 8 ORANG. DIRASMIKAN OLEH TEMENGGONG DATUK MONTEGRAI ANAK TUNGGANG.
17.08.1978 LAWATAN YB SENATOR DATUK SALLEH JAFARUDIN (TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYIA).
1979
12.03.1979 MENYUKAT TAPAK BANGUNAN SRK BUNGIN SELUAS 4.75 EKAR DIKETUAI OLEH ENCIK ABDUL RAHMAN POI.
1980
MENDIRIKAN SEMULA SURAU SETIA, SURAU SENTOSA DAN SURAU BAHAGIA.
14.09.1980 MEMBUAT JALAN RAYA DARI SIMPANG BUNGIN KE KAMPUNG BUNGIN SEPANJANG 3.4 KILOMETER.

1981
17.08.1981 LAWATAN YAB DATUK PATINGGI HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD SERTA ROMBONGAN YB HAJI ZAINUDIN BIN HAJI SATEM MERASMIKAN MASJID NOORISLAM KAMPUNG BUNGIN.

1983
23.12.1983 PEMBUKAAN KELAS TABIKA KAMPUNG BUNGIN.
1984
04.01.1984 PEMBUKAAN PERTAMA BANGUNAN PERSEKOLAHAN SRK BUNGIN AS-601.

09.02.1984 PEMASANGAN PERTAMA TELEFON KERUMAH UNTUK PENDUDUK.
1985
08.04.1985 LAWATAN YB ABANG ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN ABANG HAJI OPENG MERASMIKAN PENUBUHAN SABERKAS KAMPUNG BUNGIN.
25.06.1985 LAWATAN YB TUAN HAJI ZAINUDIN BIN HAJI SATEM (ADUN N-19 SARIBAS).
28.11.1985 LAWATAN ENCIK WAN MADHARI BIN WAN MAHDAR (TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG PBB) MERASMIKAN PERHIMPUNAN AGONG PBB CAWANGAN KAMPUNG BUNGIN.
1986
09.07.1986 LAWATAN PUAN YB HAJJAH HAFSAH BINTI HARUN (MENTERI PEMBANGUNAN SOSIAL SARAWAK) DI MAJID NOORISLAM.
1987
15.07.1987 LAWATAN YB BOLHASSAN BIN HAJI DI (ADUN N-19 SARIBAS).
11.07.1987 PENDAFTARAN UNIT PETUBUHAN PELADANG KAMPUNG BUNGIN.
1989
02.07.1989 LAWATAN YB BOLHASSAN BIN HAJI DI (ADUN N-19 SARIBAS) MERASMIKAN MESYUARAT AGONG CAWANGAN PBB KAMPUNG BUNGIN.
1990
 MAJLIS PECAH TANAH JALAN RAYA BUNGIN / SEREMBANG / MANGUT DIRASMIKAN OLEH YB HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI DOLLAH (MENTERI MUDA INFRASTRUKTUR DAN PERHUBUNGAN SARAWAK).
10.02.1990 LAWATAN YB DOUGLAS UGGAH ANAK EMBAS (P-163 BETONG) MENGADAKAN MAJLIS BERSAMA AHLI AHLI CAWANGAN.
22.07.1990 LAWATAN YB BOLHASSAN BIN HAJI DI MERASMIKAN GELANGGANG BULU TANGKIS / SEPAK TAKRAW.
28.09.1990 LAWATAN YB DOUGLAS UGGAH ANAK EMBAS (ADR P-163 BETONG) MERASMIKAN PESTA SUKAN DARAT TAHUNAN PIBG SRK KAMPUNG BUNGIN.
1992
20.02.1992 PEMBUKAAN RASMI JETI KE TANAH PERKUBURAN SERUAI OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-26 SARIBAS).
10.03.1992 MESYUARAT AGONG PBB N-26 SARIBAS DIRASMIKAN OLEH YB DATUK ABANG ABDUL RAUF BIN  ABG HAJI ZEN (SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI MERANGKAP ADUN N-4 DEMAK LAUT).
10.04.1992 PERASMIAN SERTA PENGANJURAN BOLA SEPAK PERINGKAT KAMPUNG OLEH YB DR HAJI  WAHBI BIN HAJI JUNAIDI.
06.09.1992 MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN BAGI TAHUN 6 DIRASMIKAN OLEH TUAN HJ BORHAN G TAHIR PEGAWAI PENDIDIKAN BAHAGIAN SRI AMAN DI MAJID NOORISLAM KAMPUNG BUNGIN.
11.09.1992 PESTA SUKAN SRK BUNGIN DIRASMIKAN OLEH YB DR HAJI WAHBI BIN HAJI  JUNAIDI.
1993
03.09.1993 PESTA SUKAN SRK BUNGIN DIRASMIKAN OLEH YB DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI.
1994
31.01.1994 CERAMAH, TAKLIMAT DAN DEMONTRASI MENCEGAH KEBAKARAN DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-26 SARIBAS).
06.03.1994 LAWATAN TYT NEGERI SARAWAK TUN DATUK PATINGGI HAJI AHMAD ZAIDIE ADRUCE BIN MOHAMAD NOOR DI MASJID NOORISLAM KAMPUNG BUNGIN.
16-31.10.1994 MAJLIS UJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH DAN BAHAGIAN SRI AMAN DI ADAKAN DI SRK BUNGIN DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-26 SARIBAS).
14.12.1994 LAWATAN 9 ORANG MAHASISWA MAHASISWI DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MENGADAKAN MAJLIS RAMAH MESRA DAN SESI BERDIALOG BERSAMA PENDUDUK.
1995
15.05.1995 PROGRAM ANAK ANGKAT SERAMAI 39 ORANG DAN PROGRAM SISWA SISWI UNIVERSITI MALAYA SELAMA 9 HARI DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-26 SARIBAS).
13.09.1995 MESYUARAT AGONG PBB DIRASMIKAN OLEH YB DATUK AWANG TENGAH ALI HASSAN (MENTERI MUDA DI PEJABAT KETUA MENTERI). SESI 1995-1998.
1997
10.10.1997 PERASMIAN GERAKAN DESA WAWASAN (GDW) KAMPUNG BUNGIN OLEH YB DOUGLAS UGGAH ANAK EMBAS.

1999
21.03.1999 PROGRAM RANCANGAN KAMPUNG KITA ANJURAN RTM DI SRK BUNGIN DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-26 SARIBAS).
2000
28.04.2000 LAWATAN YAB DATUK PATINGGI TAN SRI ABD TAIB BIN MAHMUD (KETUA MENTERI SARAWAK) BERSAMA YB HJ AWANG TENGAH ALI HASSAN DAN YB HJ ABDUL WAHAB BIN HAJI DOLLAH BERJUMPA RAKYAT DI MASJID NOORISLAM KAMPUNG BUNGIN.
2001
07.06.2001 MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN SK BUNGIN KE XI DI MASJID NOORISLAM DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-26 SARIBAS).
14.11.2001 MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PAMPASAN TANAH JALAN RAYA BUNGIN/SEREMBANG/MANGUT DI DEWAN (GDW) DIRASMIKAN OLEH YB AWANG TENGAH ALI HASSAN (MENTERI MUDA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN SARAWAK).
2002
MEMBUAT BAN TEPIAN SUNGAI BUNGIN SARIBAS DAN MEMBESARKAN BAN JALAN TANJUNG BUNGIN.
08.07.2002 LAWATAN ENCIK RONNIE DANIEL (RESIDEN BAHAGIAN BETONG) DAN TIMBALANYA TUAN HAJI SAUDI BIN HAJI NORANI SERTA ENCIK ISAKA KANA (PEGAWAI DAERAH BETONG).
26.10.2002 MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN TAHUN 6 SK BUNGIN DI MASJID NOORISLAM DAN DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI YUSUF BIN HAJI TRANG (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BETONG).
2004
24.03.2004 MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH BETONG DI DEWAN PAHLAWAN 7 DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI HOSIEN BIN FAUZI (PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BETONG).
2005
30.05.2005 MESYUARAT PERWAKILAN PARTI PBB BAHAGIAN N-26 SARIBAS DI DEWAN PAHLAWAN 7 (DIRASMIKAN OLEH YB DATUK SRI HAJI ADENAN BIN HAJI SATEM (MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA).
20.06.2005 PELANCARAN DAN PERASMIAN PEPARITAN, JALAN DAN SKIM TANAMAN MANGGA OLEH TUAN HAJI KHALID BIN OTHMAN (PENGARAH IADA SARATOK) DI LADANG MANGGA KAMPUNG BUNGIN.
2006
08-09.04.2006 PESTA BUNGIN 2006, MINI REGATTA KAMPUNG BUNGIN.
11.04.2006 MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI DEWAN PAHLAWAN 7 OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-30 SARIBAS).
10.11.2006 MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN TAHUN 6 SESI 1 DI DEWAN PAHLAWAN 7 DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-30 SARIBAS).
08.12.2006 PERTANDINGAN LAGU MELAYU ALI DAN TARIAN PERINGKAT BAHAGIAN BETONG DI DEWAN PAHLAWAN 7 DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-30 SARIBAS).
14.12.2006 MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN TAHUN 6 SESI 2 DI DEWAN PAHLAWAN 7 DIRASMIKAN OLEH PENGHULU HAJI SELIMAN BIN HAJI BUJANG.
2007
17.03.2007 PELANCARAN DAN PERASMIAN PEPARITAN, JALAN DAN SKIM TANAMAN NANAS DI LADANG TANAMAN NANAS KAMPUNG BUNGIN DIRASMIKAN OLEH YB DATUK SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS (KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA).
07-08.04.2007 PESTA BUNGIN 2007, MINI REGATTA DIRASMIKAN OLEH DATUK SRI HAJI AWANG MOHD ASFIA BIN AWANG NASAR (SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK).
17-18.08.2007 PERTANDINGAN LAGU MELAYU ASLI SEMPENA PESTA BUNGIN DI DEWAN PAHLAWAN 7 DIRASMIKAN OLEH DR HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI (ADUN N-30 SARIBAS).
2008
19.04.2008 MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM MOTIVASI SK BUNGIN OLEH ENCIK ANIS BIN MADELI (PEGAWAI PELAJARAN GABUNGAN BETONG).
17-18.05.2008 PESTA BUNGIN 2008, MINI REGATTA DIRASMIKAN OLEH YB TUAN HJ HAMDEN BIN HJ AHMAD (MENTERI MUDA PELANCONGAN DAN HAL EHWAL BELIA).
21.06.2008 KARNIVAL TARIAN 2008 PERINGKAT ZON SPAOH DIRASMIKAN OLEH ENCIK ANIS BIN MADELI (PENYELIA UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JABATAN PELAJARAN DAERAH BETONG).
30-31.08.2008 PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT 2008 PEJABAT BELIA DAN SUKAN BETONG, DI KAMPUNG BUNGIN DI PENGERUSIKAN OLEH PENGHULU ABANG HJ SELIMAN BIN HJ BUJANG.
27-28.10.2008 PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA YAYASAN SARAWAK (LELAKI) DIRASMIKAN OLEH ENCIK MANDAU ANAK ANGGAN (PENYELIA UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JABATAN PELAJARAN BETONG).
27.10.2008 MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2008 DI DEWAN PAHLAWAN 7, DIRASMIKAN OLEH YB DATUK AMAR DATUK SRI HJ AWG TENGAH ALI HASSAN (MENTERI PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER 2 DAN KEMUDAHAN AWAM SARAWAK).
03.11.2008 MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN SK BUNGIN DI DEWAN PAHLAWAN 7 DIRASMIKAN OLEH ENCIK ABANG SALLEH BIN AHMAD (UNIT PENYELARAS KAFA BAHAGIAN BETONG).

note: jika ada masaalah tentang yang tertulis bolehlah email ke akaun saya... car-my77@live.com

Monday, 3 September 2012

BATU BERSURAT TERENGGANU

ALHAMDULLLILLAH.. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT.
RASA TAK PERCAYA BILA AKU SUDAH MENJEJAKI KAKI DI BATU BERSURAT TERENGGANU.

WALAUPUN AKU DUDUK DEKAT TERENGGANU TAK SAMPAI SEMINGGU TAPI AKU BERPUAS HATI BERADA DISANA.
BANYAK TEMPAT YANG AKU LAWATI DAN INILAH SAAT YANG AKU TUNGGU TUNGGU UNTUK MELIHAT LEBIH DEKAT BATU BERSURAT TERSEBUT.

JAUH JUGA PERJALANANNYA DARI KUALA TERENGGANU ATAUPUN MUNGKIN JALAN YANG BERBELIT BELIT TAPI AKU BERPUAS HATI SEBAB AKU YANG DRIVE WALAUPUN IKUT SAUDARA DARI BELAKANG.
SAMPAI SAHAJA DISITU AKU SEMPAT MERAMAS TULISAN JAWI TERSEBUT UNTUK MENYATAKAN SYUKUR KEPADA BUMI BERTUAH TERENGGANU.
BIASANYA AKU JUGA SELALU KEMUZIUM TERUTAMANYA DI MUZIUM ISLAM DI KUCHING SARAWAK TETAPI HANYA REPLIKA SAHAJA. DISINI AKU KONGSIKAN SEDIKIT GAMBAR YANG SEMPAT AKU AMBIL KETIKA DISANA.

Saturday, 14 July 2012

MAFIAWARS - KEBURUKKAN DAN KEBAIKKAN

SEHINGGA JULAI 2011 PEMAIN DIANGGARKAN MENCECAH 8 JUTA SELURUH DUNIA DAN TIDAK MUSTAHIL KEMUNGKINAN JULAI 2012 MUNGKIN MENCAPAI ANGKA 10 JUTA. PERATUSAN RAKYAT MALAYSIA BERMAIN PERMAINAN INI DALAM 10 PERATUS ATAU LEBIH. AKU ADALAH DIANTARANYA MEMPUNYAI AKAUN PERMAINAN INI. 




SEBELUM ITU AKU NAK BERITAHU KEBURUKKAN PERMAINAN INI. DULU, AKU PUN MCM TU JUGA DAILY PLAYER KATAKAN. LAMA KELAMAAN AKAL MULA BERFIKIR DAN MENGHANTUI PEMIKIRAN AKU.


APA DAH JADI PADA DIRIKU, DULU AKU MAIN  MACAM MAFIAWARS TU SEMACAM RUTIN HARIAN BAGIKU. 


KENAPA ADA SAJA EVENT MISSION LOOT BARU DAN MACAM MACAM LAGI SUPAYA AKU DAN MEMBER AKU LEKA. LEBIH ELOK DIKATAKAN AKULAH HAMBA MAFIAWARS. 




KENAPA MASA TERLUANG ITU TIDAK DIISI DENGAN ILMU YANG LEBIH BERFAEDAH. HARI HARI TENGOK BENDA YANG SAMA, TAK BOSAN KE 24 JAM SEHARI MAIN TU, INGAT TUHAN LAH BRO.


SEMENJAK KEBELAKANGAN INI LOOT YANG KELUAR MACAM ADE KENA MENGENA DENGAN MALAYSIA, ANDA PERASAN TAK, AKU LAMA DAH PERASAN. ADA AGENDA TERSEMBUNYI JE SEKARANG DALAM GAMES NI.


DALAM BENAK FIKIRAN AKU TUJUAN UTAMANYA IALAH MENGUMPUL SEBANYAK MUNGKIN RAKYAT MALAYSIA BERMAIN PERMAINAN INI SUPAYA KITA LALAI DARI TANGGUNGJAWAP KITA DAN DIJAJAH MINDA.. KALAU BELAJAR SILAT MUNGKIN DAH MASTER DAH, KALAU MENDALAMI ILMU AGAMA DAH JADI USTAZ DAH. 


TAK HAIRAN LAH AKU SKARANG DAH LEVEL 3344 SEMUA AKU MAKAN EMMM... KALAU AKU AJAR ANAK AKU MENGAJI DAH HATAM DAH. KEMUNGKINAN YAHUDI SEMAKIN DEKAT DENGAN KITA ATAUPUN KITA BUAT TAK KESAH JE. 


TANDA TANDA AKHIR ZAMAN BAYAK DAH MENAMPAKKAN DIRI. FIKIR FIKIRKANLAH SAHABAT KU. DEMI MASA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN.


KEBAIKKANNYA PULA BUKAN PASAL APA. WALAUPUN KITA TAK BERSUA MUKA, KITA TAK SEGAN MEMBANTU SATU SAMA LAIN, BAK KATA PEPATAH KECIL TAPAK TANGAN NYIRU AKU TADAHKAN, BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING, SAKIT SAMA SAKIT, MATI SAMA MATI, KAYA SAMA KAYA, MISKIN SAMA MISKIN.


KAU NAK APA... CAKAP? AKU BAGI 1000 LOT POWER....  CUKUP TAK... ITULAH KEBAIKANNYA. TAPI KEBAIKKAN MACAM ITU TAKDE MAKNANYA. TAK REAL TAK NAMPAK CUMA HATI GEMBIRA JE. LAINNYA KITA BOLEH KENAL SATU DUNIA DAN TAK KIRA BANGSA. 


MASA ITU EMAS BERUBAHLAH SEKARANG JANGAN JADI HAMBA MAFIAWARS. BUKAN MAFIAWARS SAHAJA GAMES LAIN PUN SAMA MACAM TU, AWAK ORANG ISLAM TAPI BELA BABI KAT FARMVILLE TU, SAMA JUGA MAKSUD YANG TERSIRAT. 


BIARLAH MAIN ALA KADAR SAHAJA. DAILY PLAYER TU TAK BAGUS BRO..  MENGABAIKAN HIDUP KITA SEBAGAI BANGSA MELAYU.. DALAM MAKNA TU..

Friday, 13 July 2012

MELAYU SARIBAS


SIAPA TIDAK KENAL MELAYU SARIBAS, BUKAN LAH ORANG SARAWAK NAMANYA. AKU ANAK KELAHIRAN MELAYU SARIBAS DENGAN BANGGA DISISI ALLAH S.W.T MENJADI HAMBANYA YNAG TAAT.

PADA MASA DAHULU PIHAK LAWAN GERUN DAN TAKUT BILA DISEBUT TENTANG MELAYU SARIBAS.  AMALAN YANG KUAT MEMBUATKAN PERKARA YANG ANEH SERING BERLAKU DISINI DIMANA KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU BERJIRAN DENGAN KAMPUNG BUNIAN DAN BERKAWAN RAPAT. TIDAK HAIRANLAH JIKA DAHULU ORANG-ORANG SEKITARNYA KUAT MENGANGKAT DAN MEMINDAHKAN SESUATU BENDA YANG BERAT, BERJALAN ATAS AIR, SATU KAYUHAN SATU TANJUNG, KEBAL DAN SEMUA YANG TIDAK MASUK AKAL DI MASA SEKARANG. PADA MASA DAN ZAMAN, DULU SETIAP WARGA KAMPUNG DIAJAR TENTANG PERTAHANAN, PERTANIAN, PERDAGANGAN DAN PENGHIJRAHAN DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LEBIH SELESA DAN SELAMAT.


ITU ZAMAN DULU. SEKARANG HANYA TINGGAL SEJARAH UNTUK ANAK-ANAK MELAYU SARIBAS. DI SEBABKAN ARUS PEMBANGUNAN DAN SEMANGAT PERJUANGAN ISLAM SENDIRI YANG KURANG DARI ANAK-ANAK MUDA SEKARANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT AMALAN-AMALAN INI DITINGGALKAN, TIDAK HAIRANLAH MELAYU SARIBAS ADA YANG  TIDAK TAHU YANG NENEK MOYANG MEREKA DULU IALAH PENDEKAR YANG TIDAK GENTAR WALAU SEDIKIT PUN. GOLONGAN TUA PUN SUDAH TIDAK KESAH APA YANG HARUS DIPETURUNKAN KEPADA ANAK MEREKA DAN MEMBIARKAN IA TERKUBUR TERUS. UNTUK ANAK MELAYU SARIBAS BERTANYALAH KEPADA ORANG TUA ANDA, MUNGKIN ADA CERITA DISEBALIK KISAH BAPA ANDA DARI NENEK ANDA YANG TIDAK BOLEH DI LEPAS CAKAP BEGITU SAHAJA DAN MENJADI KEWAJIPAN UNTUK MENJAGANYA KECUALI ATAS PERTANYAAN DAN PERMINTAAN ANAK-ANAKNYA.