CANANG DIGUNAKAN UNTUK KHATAM PERMAINAN SILAT PADA MASA DAHULU DAN SEKARANG IA TIDAK DIGUNAKAN OLEH KERANA GURU PERSILATAN KURANG MENGAMBIL ANAK MURID SEBAGAI PENYAMBUNG GENERASI SILAT KAMPUNG YANG DAHULU MASYUR DAN HANGAT DIPERKATAKAN. MOTIF: DUA EKOR NAGA, UDANG DAN IKAN.
TEPAK SIRIH DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN SIRIH PINANG SEBAGAI MAKANAN RINGAN KETIKA MENZIARAHI KELUARGA DI SAMPING JAMUAN RINGAN YANG LAIN SEPERTI AIR DAN KUIH MUIH. MOTIF: UKIRAN BERTEMU RUAS.
PENDING ATAU LEBIH DIKENALI KEPALA TALI PINGGANG DIGUNAKAN SEMASA PERKAHWINAN DAN ACARA ACARA BESAR YANG DIADAKAN DI SETIAP KAMPUNG MELAYU ZAMAN DAHULU. SEKARANG PEMAKAIANNYA JARANG JARANG DIGUNAKAN DISEBABKAN KEHADIRAN TALI PINGGANG YANG LEBIH SENANG DIGUNAKAN. MOTIF: IKAN, KETAM DAN BUNGA.
TALI PENDING PENTING UNTUK MENGIKAT KAIN PINGGANG ATAU SABUK IA ADALAH DIANTARA AKSESORI PENDING ITU SENDIRI. MOTIF: BUNGA.
PENDING KECIL ATAU PENGIKAT ANTARA PENDING DAN TALI PENDING ADALAH SATU LAGI AKSESORI INI TANPA PENDING KECIL INI IA TIDAK AKAN LENGKAP. MOTIF: IKAN , KETAM DAN BELANGKAS.
SETELAH SEMUA DIGABUNGKAN DAN DISATUKAN BARULAH IA DAPAT DIGAYAKAN TAPI GAYANYA TAK SESUAI UNTUK PEMAKAIAN HARIAN.
PENGATAS LANGSIR PINTU DAN PENJAN/JENDELA RUMAH MELAYU ZAMAN DULU MEMANG UNIK DAN KREATIF. SALAH SATUNYA SEPERTI DIBAWAH INI.
KOPIAH SERBAN DARI MEKAH KETIKA MENUNAIKAN HAJI. TIDAK DIKETAHUI BILA DAN KEPUNYAAN NENEK AKU SEBELAH MANA YANG EMPUNYA. MOTIF: NABI BESAR KITA MUHAMMAD S.A.W DENGAN BENANG EMAS.
No comments:
Post a Comment