PESTA IKAN BUNTAL YANG PERTAMA DIADAKAN PADA 6-7 OGOS 2002 DI KAMPUNG MANGUT, SPAOH, BETONG DAN DIRASMIKAN OLEH YB DATUK PATINGGI TAN SRI DR ALFRED JABU ANAK NUMPANG TIMBALAN KETUA NEGERI SARAWAK.
DI BAWAH INI SEDIKIT PETUNJUK JALAN MENUJU KE KAMPUNG MANGUT. YANG KUNING ITU IALAH JALAN KE KUCHING MIRI, DISIMPANG SPAOH TERDAPAT REPLIKA IKAN BUNTAL SEPERTI GAMBAR DIATAS SKALI. TERUS MASUK DAN ADA AKAN MENEMUI SIMPANG PEKAN SPAOH DAN KAMPUNG BUNGIN MASUK TERUS. SETIBANYA DIKAMPUNG BUNGIN ANDA AKAN NAMPAK SIMPANG KE MANGUT. YANG UNIKNYA SIMPANG MANGUT ITU TERLETAK DI TENGAH-TENGAH KAMPUNG BUNGIN SEPERTI JALAN KE KAMPUNG HULU, HILIR, TENGAH DAN BELANGAK. KAMPUNG MANGUT TERLETAK DI HUJUNG SEKALI. DARI SIMPANG SPAOH KE MANGUT MENGAMBIL MASA SEKURANG-KURANGNYA 30 MINIT.
PENGANJURAN BERTUJUAN MEMPEKENALKAN PRODUK IKAN BUNTAL INI KEPADA ORANG RAMAI SEKALIGUS MEMPROMOSIKAN DAERAH BETONG. SEJAK DARI ITU HARGA IKAN BUNTAL KIAN NAIK DAN HARGA SEMAKIN MAHAL DARI KEBIASAANNYA. PADA PESTA TERSEBUT AKTIVITI SEPERTI LUMBA PERAHU PANJANG, PERTANDINGAN MEMASAK IKAN BUNTAL, SUKAN, JUALAN KRAF DAN PELBAGAI GERAI TERBUKA DIADAKAN.
BAHAGIAN IKAN BUNTAL YANG PALING MAHAL IALAH HATINYA, ENTAHLAH MACAMMANA HARGANYA MAHAL MUNGKIN KELAZATANNYA. BUNTAL KERING ATAU BUNTAL MASIN BIASANYA TIDAK MENGGUNAKAN IKAN YANG BESAR IA LEBIH KEPADA ANAK IKAN BUNTAL. BERKUNJUNGLAH SEKIRANYA ADA MASA TERLUANG BILA MASA PESTA INI DIAADAKAN UNTUK MERASA SENDIRI KEENAKKANNYA.
No comments:
Post a Comment