SEBELUM MEMBUAT PERKAMPUNGAN
DI KAMPUNG BUNGIN, PENDUDUKNYA MENETAP SEMENTARA DI TANJUNG MATU, BERDEKATAN DENGAN
MANGUT SEKARANG. PADA MASA ITU BILA MUSIM MENANAM PADI 7 BERADIK DAN
KELUARGANYA AKAN KE HILIR SUNGAI UNTUK BERCUCUK TANAM DAN KEHULU SUNGAI UNTUK
MENANGKAP IKAN.
OLEH KERANA KELETIHAN MUDIK KEHULU DAN KE HILIR AKIBAT KEPERLUAN HIDUP SEHARIAN, 7 BERADIK
TADI BERSEPAKAT SUPAYA MEMBUAT PERKAMPUNGAN DI TENGAH TENGAH JALAN KEHULU DAN
KE HILIR SUNGAI.
7 ORANG BERADIK TERSEBUT MENEMUKAN DIMANA AIR SUNGAI HULU DAN SUNGAI HILIR BERTEMU, DAN MEREKA SEGERA MEMBUAT PERKAMPUNGAN DISITU IAITU KAMPUNG BUNGIN SEKARANG. FENOMENA AIR BERTEMBUNG INI MASIH LAGI BERLAKU BILA AIR PASANG. BOLEH MELIHAT SENDIRI KETIKA AIR PASANG.
SEHARI SEBELUM HENDAK MENAMAKAN KAMPUNG TERSEBUT SESUATU PERKARA ANEH TELAH
BERLAKU IAITU PADA MALAMNYA KAMPUNG ITU DISERANG OLEH SEKUMPULAN BINATANG YANG
DIPANGGIL BERENGIN (RIANG RIANG) ADA JUGA VERSI LAIN SELAIN BERENGIN IAITU BUNIAN DAN
BUNGANI (BUNGA INI). KEDATANGAN SERANGGA ITU CUKUP BANYAK DAN SUNGGUH BISING.
KESEMUA PENDUDUK KAMPUNG BUNGIN PADA MASA ITU DIANGGARKAN 32 ORANG IAITU DARI KETURUNAN 7 BERADIK TERSEBUT. SETELAH MENETAP DISITU SEDIKIT DEMI SEDIKIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT DIJALANKAN TIDAK LUPA JUGA ILMU AGAMA, ILMU PERSILATAN DAN ILMU BATIN.
SEDIKIT CERITA TENTANG.
1. PEHIN SRI DATUK PATINGGI TAIB BIN MAHMOD PERNAH BERGURU DISINI.
2. BETING MARO DAN HAJI NASIR.
3. BILA SEREMBANG DISERANG TIADA SATU PUN YANG TINGGAL UNTUK MUSUH.
SETELAH BERBULAN BULAN TINGGAL DISITU ADA SATU CERITA DARI ORANG ORANG TUA, CERITA TENTANG KEJADIAN DIATAS KELONG SEMASA MASA MAKAN TENGAH HARI. SEBELUM KEJADIAN TERSEBUT SALAH SEORANG DARI MEREKA KETIKA DIDALAM PERAHU TELAH MENCABAR HANTU LAUT UNTUK BERADU KEKUATAN DENGANNYA TETAPI HANTU LAUT ITU TIDAK JUGA MUNCUL. SEMASA MEMBASUH TANGAN KEDALAM SUNGAI TANGAN NYA TELAH DITARIK OLEH HANTU LAUT DAN MASUK KEDALAM SUNGAI DENGAN PANTAS. TANPA MENUNGGU MASA YANG LAMA SALAH SEORANG DARI MEREKA MEMBACA SATU MENTERA DAN TERUS MENYELAM KE DALAM SUNGAI TERSEBUT DAN MENARIK KELUAR PEMUDA TADI. SEMENJAK ITU HANTU AIR TERSEBUT TIDAK BERANI LAGI MENGHADIRKAN DIRI DIDEPAN ORANG TADI.
NOTA KAKI
1. ABANG HAJI BAKAR
1. ABANG HAJI BAKAR
- Ketua kampung pertama.
- Generasi pertama.
2. ABANG HAJI DRAIE
- Ketua kampung kedua.
- Generasi kedua.
- Susur Galur Abang Alek.
3. HAJI BUJANG BIN MANSUR
- Penghulu pertama.
- Generasi kedua.
- Melanau Muslim (Menantu Abg Haji Bakar).
4. HAJI SELIMAN BIN HAJI BUJANG
- Penghulu kedua.
- Generasi ketiga.
- Susur Galur Abang Haji Bakar.
5. HAJI SYAFIE BIN HAJI JUNAIDI
- penghulu ketiga. (Terkini)
- Generasi keempat.
- Susur Galur Abang Haji Ladi.
7 Beradik (pahlawan 7)
1. Abang Alek
2. Abang Haji Ladi
3. Abang Haji Bakar
4. Abang Haji Amin
5. Abang Haji Gapar
6. Abang Haji Hatta @Pata/pato
7. Abang Hasyim
6. Abang Haji Hatta @Pata/pato
7. Abang Hasyim