Thursday, 19 May 2011

PEMIMPIN KITA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

MS/81 PADA 31.OGOS.1957 MALAYA TELAH MERDEKA DENGAN DIBERI NAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. DALAM KEMERDEKAANNYA NEGARA BARU INI TELAH MEMILIH UNTUK TIDAK TETAP BERADA DALAM BRITISH KOMANWELNYA. DALAM MENYAMBUT SAAT YANG BERSEJARAH DAN SANGAT BEERTI INI, TIDAK ADA TOKOH YANG LEBIH TERKENAL, TIDAK ADA NAMA YANG LEBIH HARUM MENJADI SEBUTAN, SELAIN DARI TOKOH DAN NAMA TENGKU ABDUL RAHMAN PUTRA. NAMA INI DI SEBUT-SEBUT, DISANJUNG-SANJUNG DAN DICERITAKAN DENGAN PENUH RASA BANGGA, CINTA DAN HORMAT. DIPANDANG SEBAGAI PAHLAWAN TANAH AIR YANG BESAR SEKALI JASANYA, YANG TELAH DAPAT MELEPASKAN RANTAI PEMBELENGGU TUBUH  IBU PERTIWI. PADA SAAT MERANGGUT  BELENGGU ITU TADI TIDAK SEDIKIT PUN DARAH TERTUMPAH, TIDAKSEORANG PUN YANG TERKORBAN. SETIAP KEKALAHAN DAN KECUAIAN PERJUANGAN MASA YANG SUDAH-SUDAH TELAH DITEBUSNYA. NAMANYA SEAKAN BERSATU DENGAN PEKIKAN MERDEKA. MESKIPUN PEKIKAN MERDEKA  INI HANYA KATA SEPATAH, TETAPI TELAH BANYAK PENGERTIAN YANG DIPINTANYA. 
(ATAS: TENGKU ABDUL RAHMAN PUTRA YANGDIPERTUA AGUNG UMNO SEDANG MEMBERIKAN UCAPANNYA DI DALAM PERSIDANGAN AGUNG UMNO, DISEBELAH KANANNYA SAADUN JUBIR KETUA PEMUDA UMNO MELAKA). 


MS/82 TENGKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KETUA AGONG UMNO DAN KETUA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG JUGA TELAH MENDAPAT GELARAN “BAPAK KEMERDEKAAN” TELAH BERJUANG KERANA MENDAPAT KEMERDEKAAN DENGAN CARA  YANG TERSENDIRI. CARA YANG SESUAI DENGAN SIFAT YANG LEMAH LEMBUT, RAMAH TETAPI BERPENDIRIAN TEGUH DAN TEGAS. 
(ATAS: TENGKU ABDUL RAHMAN KETIKA DIPADANG BANDAR HILIR MELAKA TELAH MEMERIKSA BARISAN PEMUDA UMNO YANG BERPAKAIAN SERBA PUTIH, PAKAIAN YANG DITAKUTI OLEH PENJAJAH).
DIDALAM PERJUANGANNYA IA TIDAK MEMAKI CARA TERGESA-GESA DAN BERKEHENDAKKAN SESUATU DENGAN SEKALIGUS ATAU MENUNTUT SESUATU DENGAN BERKERAS. INI BOLEH JADI SEBAB IA MENGETAHUI SIFAT DAN KEKUATAN LAWANNYA. HANYA DENGAN KEBIJAKSANAAN DANBERBAIKLAH MEREKA INI BOLEH DIHADAPI. DALAM PERJUANGANNYA DIA SEAKAN-AKAN MEMAKI SEMBOYAN “MEMPERJUANGKAN SEGALA ITU SATU PERSATU. 
(BAWAH: BARISAN PEMUDA UMNO SINGAPURA BERPAKAIAN KEBANGSAAN MENYAMBUTLAWATAN TENGKU ABDUL RAHMAN YANG DIPERTUA AGUNG UMNO).
JIKA SUDAH DAPAT PEGANG DENGAN TEGUH SELAINNYA AKAN KITA PERJUANGKAN BESOK”. INI DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN UCAPANNYA SENDIRI YANG MENGAKUI BAHAWA APA YANG DIDAPATINYA PADA MASAINI BELUMLAH SELENGKAPNYA, BELUM SEBAGAI YANG DI CITA-CITAKAN OLEHRAKYAT SELURUHNYA. MASIH BANYAK YANG HARUS DI PERJUANGKAN MULAI BESOK. DENGAN INI BUKAN PULA BEERTI BAHAWA IA TIDAK GEMBIRA DENGAN APA YANG DIPEROLEH. TENGKU ABDUL RAHMAN PERNAH BERKATA :BAHAWA TUNTUTAN KITA YANG DAPAT DIJAYAKAN ITU BUKAN SEPENUHNYA, TETAPI YANG PENTING UNTUK KITA IALAH KEMERDEKAAN YANG DENGAN KITA AKAN DAPAT KEMULIAAN DAN KUASA UNTUK MENENTUKAN NASIB KITA, CORAK KITA, SERTA DASAR KITA.



MS/83  BEGITULAH PENGAKUAN JUJUR DARI TENGKU. DENGAN PENGAKUAN  INI DIA TELAH MEMPERINGATKAN BANGSANYA BAHAWA KEMERDEKAAN INI BARU PINTU KEPADA  KEDAULATAN PENUH DAN BARU JINJANG PERTAMA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA BANGSA. APA YANG BELUM DIDAPAT HARI INI AKAN DIPERJUANGKAN TERUS MULAI BESOK. TUMBUHNYA SEMANGAT DAN CITA-CITA UNTUK MEMBELA NASIB NUSA DAN BANGSA. DALAM JIWA TENGKU IALAH PADA WAKTU IA BELAJAR DI GREAT BRITAIN. WAKTU ITU PERBEZAAN WARNA KULIT SEDANG MENGHEBOH DISANA. SEHINGGA TENGKU TIDAK DIBOLEHKAN TINGGAL DI HOSTEL  SEKOLAH ITU KERANA IA BANGSA KULIT BERWARNA. KEJADIAN TERSEBUT LAMA TERSIMPAN DALAM KENANGANNYA DAN  BERKESAN BENAR. IANYA MENUMBUHKAN KEINSAFAN DALAM JIWANYA. DIRASAI DAN DISEDARI BENAR BETAPA RENDAHNYA HIDUP SEBAGAI ANAK DARI SATU BANGSA YANG DIJAJAH. SEJAK ITULAH TIMBUL CITA-CITA UNTUK MENGANGKAT DARJAT NUSA DAN BANGSANYA. PENDIRIAN DAN CITA-CITA TENGKU INI SEMAKIN TEGUH DAN MEMBERI BENTUK SETELAH IA DAPAT BERTEMU DENGAN SEORANG PEMIMPIN BANGSA CINA YANG TERKENAL. WAKTU DALAM PELAYARANNYA KEMBALI KE MALAYA IA TELAH BERTEMU DENGAN AJIN CHIN SEORANG TOKOH POLITIK CINA YANG TERKENAL YANG SANGAT MEMBENCI PENJAJAH. 
(ATAS: TENGKU ABDUL RAHMAN DATUK NIK KAMIL, SEWAKTU AKAN BERANGKAT KELONDON DIALUKAN DENGAN PENUH SEMANGAT OLEH ORANG MELAYU SINGAPURA. DIANTARANYA 1. HAMID JUMAAT KETUA UMNO SINGAPURA). 
(BAWAH: PENDUDUK SINGAPURA TIDAK KETINGGALAN MENGALUKAN ROMBONGAN MERDEKA SEWAKTU MEREKA AKAN BERANGKAT KE LONDON).


MS/84 KEPERGIAN TUNKU KE LONDON DIIRINGI OLEH ORANG-ORANG MELAYU DENGAN DOA. PANDANGAN DAN PENGERTIAN TUAN/HAMBA YANG HINA INI TELAH MEMPERHARUNGI JIWA DAN CARA BERFIKIR TUNGKU HINGGA SEMAKIN JELASLAH CITA-CITA POLITIKNYA. KEMERDEKAAN INI DILAHIRKAN DI ALOR SETAR PADA 18 FEBUARI 1903. PUTERA KETUJUH DARI ARMARHUM SULTAN ABDUL HAMID SYAH.

No comments:

Post a Comment